Seminggu dua ni ramai yang membicarakan tentang BPA Free. Sekarang memang agak mahal di pasaran, jadi, antara sebab inilah pengharamannya ditangguhkan.
Ditangguhkan tidak bermakna kita boleh mengambil sambil lewa terhadap bahawa BPA ni. Jadi, sebagai membantu mereka yang sedang mencari BPA free, kami menawarkan botol susu BPA-free jenama avent pada harga diskaun. Sila ke blog
http://botolsusubpafree.blogspot.com/.
Maaf kepada pengunjung yang bertanya sebelum ini. Oleh kerana kekangan tugas, saya tidak sempat menjenguk blog saya ini.
Sekian terima kasih
ummunashwa
wassalam
Sebahagian 'keluarga' kami telah dihantar pulang semalam. 2 hari lagi belayarlah 'mereka'. Terima kasih kepada warga Durham_my yang turun beramai-ramai menyumbang tenaga. Kalau ikutkan hati nak bawa pulang semua barang yang digunakan di rumah ini. Rumah ini penuh dengan kenangan & nostalgia. Daripada hidup berdua suami isteri sehinggalah dikurniakan 2 orang puteri. Itulah rencah kehidupan. Ada pahit, manis, masam dan sebagainya. Walaupun ada barangan yang kami sayang tak dapat dibawa pulang,tak mengapalah.Bukan kah memberi sesuatu yang kita sayang itu lebih baik?
Ni resipi ayam panggang yang biasa saya buat.(Khusus buat kak zizah yang bertanyakan resipi ini.)
Bahan-bahanAyam yang telah dibersihkan
Halia-ditumbuk
Bawang putih-ditumbuk
Serbuk ketumbar -beli dah siap
Serbuk jintan manis
Tesco dried mixed herbs (campuran oregano, basil, sage, thyme dll)-dalam 1 sudu makan
kicap
madu atau gula- secukup rasa, tapi saya suka manis sket.
sedikit garam
sos tomato/ lemon
ground white pepper/ serbuk lada sulah
Perap ayam 2-3 jam atau kalau nak sedap semalaman. Ini versi rajin & cukup bahan. Kalau versi simple, saya tak letak halia/ bawang putih. Bagi ibu yang bekerja, perap ayam waktu malam, balik kerja boleh dibakar dalam oven. Bakar 200 degree selama 1jam atau bergantung kepada saiz ayam tu.Jangan lupa balikkan ayam semasa proses membakar. Saya lebih suka ayam dibakar tidak terlalu kering. Jadi biasanya saya bungkus dalam aluminium foil, tapi tak rapat sangat. Bila dah agak-agak nak masak tu baru dedahkan ayam. Kalau di sini saya bisanya guna chicken leg ( bahagian peha ayam dan ke bawah). Selamat mencuba! Kak zizah, jom BBQ!
* kadang-kadang saya perap sekali dengan kentang yang telah dipotong / carrot. Bakar serentak dengan ayam.