Fauzi, Adlina and Nashwa
Ni resipi ayam panggang yang biasa saya buat.(Khusus buat kak zizah yang bertanyakan resipi ini.)


Bahan-bahan
Ayam yang telah dibersihkan
Halia-ditumbuk
Bawang putih-ditumbuk
Serbuk ketumbar -beli dah siap
Serbuk jintan manis
Tesco dried mixed herbs (campuran oregano, basil, sage, thyme dll)-dalam 1 sudu makan
kicap
madu atau gula- secukup rasa, tapi saya suka manis sket.
sedikit garam
sos tomato/ lemon
ground white pepper/ serbuk lada sulah

Perap ayam 2-3 jam atau kalau nak sedap semalaman. Ini versi rajin & cukup bahan. Kalau versi simple, saya tak letak halia/ bawang putih. Bagi ibu yang bekerja, perap ayam waktu malam, balik kerja boleh dibakar dalam oven. Bakar 200 degree selama 1jam atau bergantung kepada saiz ayam tu.Jangan lupa balikkan ayam semasa proses membakar. Saya lebih suka ayam dibakar tidak terlalu kering. Jadi biasanya saya bungkus dalam aluminium foil, tapi tak rapat sangat. Bila dah agak-agak nak masak tu baru dedahkan ayam. Kalau di sini saya bisanya guna chicken leg ( bahagian peha ayam dan ke bawah). Selamat mencuba! Kak zizah, jom BBQ!


* kadang-kadang saya perap sekali dengan kentang yang telah dipotong / carrot. Bakar serentak dengan ayam.
3 Responses
  1. fa10 Says:

    dulu2 rajin juga perap ngan madu, kari dan rempah2 tp skrg guna yg instant jer.. hehehe


  2. hnyhar Says:

    tenkiu 4 sharing the recipe! bolehla cuba ayam panggang ummunashwa..


  3. kak faten, rempah segera yang nandos tu ka? best tu..

    Cubalah, kak nani. Poskan seket ke 61 steavenson st, ya...